1)
Sebelum pergi kepada perbincangan yang mengatakan boleh mengangkat pemimpin di
kalangan wanita berdasarkan kisah di dalam Al-Quran tentang ratu Saba' maka
terlebih dahulu kita membahaskan mengenai definisi Syar'un Man Qablana.
2)
Apa itu definisi Syar'un Man Qablana (Syariat orang terdahulu) ?
Petikan
bahasa arab ;
شرع
من قبلنا هو تلك الأحكام الشرعية المقررة في شرائع الأنبياء والرسل السابقين على نبينا
محمد صلى الله عليه وسلم، والتي أخبر بها النبي صلى الله عليه وسلم
"Syariat
Orang Terdahulu “ adalah Hukum-hakam syariat yang diakui sebagai syariat Nabi2
dan Rasul2 terdahulu, terhadap Nabi Kita Muhamamad SAW, yang dikhabarkan oleh
Nabi SAW.
3)
Jami’ Mani yang terkandung dalam definisi ini;
a)
Ia adalah SYARIAT NABI DAHULU yang DIIKTIRAF – Bukanlah syariat jika tidak
diiktiraf. Seperti agama Buddha, Hindu, Singh dan agama turun temurun dari
nenek moyang lain-lain yang tidak ada asal usulnya.
b)
Sumber syariat tersebut mestilah diberitakan oleh Nabi Muhammad SAW. Maknanya
kita tahu bahawa itu adalah syariat orang dahulu daripada teks-teks Nas Al-Quran
dan Hadis. – Sumber yang tidak ada di dalam Al-Quran dan Hadis tidak diterima
itu adalah syariat orang dahulu.
Adapun
pembacaan kita terhadap kisah-kisah Nabi dahulu melalui jalan selain Al-Quran
dan Sunnah bukanlah termasuk dalam syariat umat terdahulu.
4)
Maka syariat nabi/rasul terdahulu adalah hukum-hakam yang Allah SWT turunkan
kepada nabi/rasul dan umat terdahulu sebelum kita. Dan terdapat dalil yang
menjelaskan bahawa hukuman tersebut memang dikhususkan pensyariatannya untuk
umat terdahulu sahaja
5)
Perbincangan Sya'run Man Qablana ini tidak boleh lari daripada konteksnya. Kita
perlu betul-betul pastikan bahawa hukum-hukum dan perlakuan umat terdahulu
adalah benar apa yang Allah turunkan kepada mereka. Berdasarkan penuturan
daripada Nas yang menunjukkan bahawa itu adalah syariat orang terdahulu.
6)
Tidak boleh terus mengambil kisah umat terdahulu maka terus berhujah itu adalah
syariat mereka kerana belum tentu apa yang diceritakan di dalam Al-Quran dan
Hadis berkisar kepada syariat orang dahulu. Kerana ada kisah-kisah umat dahulu
adalah sebagai ibrah bukan menunjukkan bahawa itu adalah syariat umat dahulu.
7)
Disini diberikan beberapa contoh-contoh syariat umat terdahulu yang disebutkan
di dalam Al-Quran dan Hadis;
-
jenis-jenis dan bahagian binatang yang diharamkan untuk orang Yahudi (rujuk
surah al-An'am: 146).
-
hukuman qisas dalam kitab taurat (rujuk surah al-Maaidah ayat 45)
-
bertaubat dengan cara membunuh diri (lihat surah al-Baqarah : 54
-
hukum harta rampasan perang diharamkan untuk umat dahulu seperti sabda Nabi SAW
;
وأحلت
لي الخنائم ولم تحل لأحد قبلي
Dan
dihalalkan kepadaku harta rampasan dan tidak dihalalkan kepada seorang pun
sebelum aku.
8)
Ini sedikit paparan ringkas berkenaan dengan syariat umat terdahulu. Adapun
disisi kehujahannya sebagai sumber hukum terdapat 2 pendapat yang masyhur di
kalangan para ulama’ termasuklah ulama mazhab yang empat. Dan ada ulama’ yang
bersikap tawaquf dalam masalah ini. Di mana DUA pendapat yang disebutkan itu
ada yang terima sebagai dalil syara’ dan ada yang menolak.
9)
Adapun penulisan ini tidak mahu membahas secara panjang lebar berkenaan dengan
sama ada adakah syariat nabi dahulu diterima sebagai dalil atau tidak. Kerana
itu bukan tujuan penulisan ini. Bagi yang ingin tahu lebih lanjut bolehlah
mengkaji lagi pembahasan ini. Disini hanya akan diberikan pandangan yang
terkuat di antara dua pendapat tersebut iaitu Sya’run Man Qablana Laisa Syar’an
Lana(شرع من قبلنا ليس شرعا لنا). Syariat Umat
Terdahulu Bukanlah Syariat Kita.
10)
Mengenai kisah ratu Balqis yang memerintah Saba’, kisahnya dirakamkan di dalam
Surah An-Naml. Beberapa ayat dari surah tersebut sebagai paparan kepada kita mengenai
status Ratu Balqis tersebut ;
إِنِّي
وَجَدْتُ امْرَأَةً تَمْلِكُهُمْ وَأُوتِيَتْ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ وَلَهَا عَرْشٌ عَظِيمٌ
(23) وَجَدْتُهَا وَقَوْمَهَا يَسْجُدُونَ لِلشَّمْسِ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَزَيَّنَ
لَهُمُ الشَّيْطَانُ أَعْمَالَهُمْ فَصَدَّهُمْ عَنِ السَّبِيلِ فَهُمْ لَا يَهْتَدُونَ
(24) أَلَّا يَسْجُدُوا لِلَّهِ الَّذِي يُخْرِجُ الْخَبْءَ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
وَيَعْلَمُ مَا تُخْفُونَ وَمَا تُعْلِنُونَ(25)
Terjemahannya;
"Sesungguhnya
aku dapati seorang perempuan memerintah mereka dan ia telah diberikan kepadanya
(serba sedikit) dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan) dan ia pula mempunyai
singgahsana yang besar. Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada
matahari dengan meninggalkan ibadat menyembah Allah, dan Syaitan pula
memperelokkan pada pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka, lalu menghalangi
mereka dari jalan (yang benar); oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk, -
(Mereka dihalangi oleh Syaitan) supaya mereka tidak sujud menyembah Allah yang
mengeluarkan benda yang tersembunyi di langit dan di bumi, dan yang mengetahui
apa yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu zahirkan. (An-Naml :23-25)
11)
Jika kita meneliti dengan benar ayat tersebut sebenarnya tidak menjelaskan
kepada kita bahawa ayat itu merujuk kepada syariat Nabi terdahulu. Memang benar
ia adalah kisah diantara Nabi Sulaiman dengan Balqis tetapi ayat itu tidak
berhubungan dengan masalah syariat nabi Sulaiman.
12)
Bahkan kisah dari Al-Quran tersebut jelas menuturkan bahawa Ratu Balqis dan
kaummnya adalah musyrik yang menyembah matahari. Nabi Sulaiman menyeru Balqis
supaya masuk ke dalam agama tauhid dan menyembah Allah SWT.
13)
Diringkaskan cerita, apa yang ingin dibahaskan di sini adalah Ratu Balqis yang
menjadi pemimpin di suatu negeri sebenarnya bukanlah syariat Nabi Dahulu.
Kerana berdasarkan definisi syar’un Man Qablana yang diberikan di atas bahawa
syariat nabi dahulu mestilah diiktiraf sebagai syariat. Dan umat tersebut
adalah umat yang beriman kepada Allah SWT. Adapun orang-orang musyrik, mereka tidak
menyembah Allah apa lagi jika mereka mahu beramal dengan syariat yang
diturunkan Allah SWT, maka sudah tentu tidak sama sekali.
14)
Bagi mereka yang berhujah tentang kepimpinan itu boleh berada di tangan wanita
kerana menerima pendapat bahawa syariat umat Dahulu boleh menjadi syariat kita
adalah suatu kesalahan yang fatal. Di samping kerana lemahnya hujah mereka
mengguna pakai syariat umat dahulu sebagai syariat umat kini, malah kerana di
dalam fakta Ratu Balqis itu sendiri adalah seorang musyrik, sedangkan Nabi
Sulaiman lah yang membawa wahyu dan syariat dari Allah SWT. Bagaimana mungkin
kita kata apa yang dibuat oleh Balqis itu adalah syariat umat dahulu sedangkan
pada asalnya dia sendiri itu adalah seorang musyrik ?
15)
Adapun mereka yang berhujah untuk melawan balik hujah boleh mengangkat pemimpin
dikalangan wanita berdasarkan kisah Ratu Balqis ini dengan menggunakan dalil
bahawa syariat umat terdahulu bukan syariat umat sekarang juga tidak tepat.
Kerana kisah ini adalah kisah pengajaran dan tidak terkandung apa-apa hukum
yang bersangkutan dengan syariat Nabi Sulaiman.
16)
Kesimpulan dari perbincangan ini adalah ;
a)
Kisah ratu Balqis ini tidak ada kaitan dengan syariat umat terdahulu. Ia adalah
satu ibrah kepada kita bahawa siapa pun kita, hebat mana pun kita, sebenarnya
manusia itu adalah kerdil di sisi Allah SWT. Kerana Dialah yang Maha Kuasa lagi
Maha Agung
b)
Mereka yang berhujah wanita tidak ada masalah menjadi pemimpin negeri atau
negara berdasarkan kisah ini sebenarnya telah ketandusan hujah. Kerana hujah
mereka itu sendiri bukan hujah. Jangan kerana untuk memenuhi kepentingan
pihak-pihak tertentu maka sanggup memutar belitkan Nas.
c)
Permasalahan wanita sebagai pemimpin ini sepatutnya dikembalikan dan dirujuk
kepada ketentuan hukum Islam. Kerana syariat kita adalah syariat Islam dan
inilah yang diperintahkan oleh Allah SWT. Bukan merujuk kepada syariat umat-umat
sebelum kita dan bukan juga melihat kisah-kisah umat terdahulu yang tidak ada
weightage untuk ditarik hukum.
d) Di
dalam Syariat kita melantik wanita sebagai pemimpin/pemerintah adalah
diharamkan. Ini sudah termaktub di dalam hadis Nabi SAW;
لَنْ
يُفْلِحَ قَوْمٌ أَسْنَدُوْا أَمْرَهُمْ اِمْرَأَةً
“Tidak
akan bahagia / berjaya suatu kaum yang menyandarkan urusan mereka kepada
seorang wanita.”
Adanya
penafian kejayaan dari Rasulullah SAW terhadap suatu kaum yang diperintah oleh
seorang wanita merupakan indikasi yang tegas bahawa perbuatan tersebut adalah
HARAM. Inilah
hukum syariat yang telah diwahyukan kepada kita untuk kita patuhi.
Wallahu
A’lam
No comments:
Post a Comment