1.
Status hukuman ke atas tawanan perang dijelaskan di dalam Al-Quran surah
Muhammad ayat:4
فَإِذَا لَقِيتُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا فَضَرْبَ الرِّقَابِ
حَتَّى إِذَا أَثْخَنْتُمُوهُمْ فَشُدُّوا الْوَثَاقَ فَإِمَّا مَنًّا بَعْدُ
وَإِمَّا فِدَاءً حَتَّى تَضَعَ الْحَرْبُ أَوْزَارَهَا ذَلِكَ وَلَوْ يَشَاءُ
اللَّهُ لَانْتَصَرَ مِنْهُمْ وَلَكِنْ لِيَبْلُوَ بَعْضَكُمْ بِبَعْضٍ
وَالَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَلَنْ يُضِلَّ أَعْمَالَهُمْ
“Apabila
kamu bertemu dengan orang-orang kafir (di medan perang) maka pancunglah batang
leher mereka. Sehingga apabila kamu telah mengalahkan mereka maka tawanlah
mereka dan sesudah itu kamu boleh membebaskan mereka atau menerima tebusan
sampai perang berhenti. Demikianlah, apabila Allah menghendaki niscaya Allah
akan membinasakan mereka tetapi Allah hendak menguji sebahagian kamu dengan
sebahagian yang lain. Dan orang-orang yang gugur pada jalan Allah, Allah tidak
akan menyia-nyiakan amal mereka.
2.
Maka dari sini hukuman ke atas tawanan perang yang ditunjukkan Nas adalah Mann
(Bebaskan) dan Fida' (Terima Tebusan). Tidak ada hukuman lain selain yang DUA
ini.
3.
Adapun yang mengatakan boleh membunuh tawanan perang berdasarkan dalil 8:67
sebenarnya pandangan tersebut perlu diteliti. Sebab mereka menggunakan asbab
Nuzul ayat itu untuk menarik hukum. Dengan melihat kepada perbezaan pendapat
antara Umar RA dan Abu Bakar RA.
4.
Asbab Nuzul bukanlah hukum itu sendiri tetapi sebagai keterangan kepada kita
untuk memahami peristiwa ayat tersebut diturunkan. Hukum diambil daripada teks
Nas bukan asbab Nas. Kaedah Syara’ yang masyhur Al-ibrah biUmumi lafzi la
bikhusus sabab, - Pengajaran diambil adalah dari Lafaz umum dan tidak terikat
dengan sebab khusus.
5.
Lagi pula terdapat kontroversi apabila menggunakan hujah Asbabun Nuzul ayat ini
untuk ditarik kesimpulan bahawa tawanan perang boleh dibunuh. Ayat itu
dikatakan di dalam kitab-kitab tafsir ulama' menyebelahi Umar RA yang berpendapat
membunuh semua tawanan perang. Manakala pendapat Abu Bakar RA yang diambil oleh
Rasulullah supaya ditebus tawanan ditolak dan kerana itu Allah menegur
Rasulullah.
6.
Tetapi Rasulullah SAW tetap tidak membunuh kesemua tawanan perang melainkan
hanya dua orang yang dibunuh dan itu akan diterangkan selepas ini.
Kontroversinya adalah apabila ayat ini dijadikan sebagai dalil pensyariatan
hukuman bunuh tawanan perang tetapi dalam masa yang sama Rasulullah SAW tidak
membunuh sedangkan ayat itu telah diturunkan. Mustahil bagi Rasulullah SAW yang
maksum untuk mengingkari perintah Allah SWT. Kerana itu kontroversi seperti ini
perlu membuatkan kita berfikir juga.
7. Mengatakan dalil 8:67 dan 47:4 terdapat percanggahan hukum dan perlu dikompromi sehingga hukumnya ada 3 (bebas, tebus dan bunuh) juga adanya nasikh mansukh adalah tidak tepat. Surah al-Anfal ayat 67 adalah ‘Itab (teguran) kepada Rasul bukan ayat tentang hukum ke atas tawanan perang.
8.
Allah SWT berfirman ;
مَا كَانَ لِنَبِيٍّ أَنْ يَكُونَ لَهُ أَسْرَى حَتَّى
يُثْخِنَ فِي الْأَرْضِ تُرِيدُونَ عَرَضَ الدُّنْيَا وَاللَّهُ يُرِيدُ
الْآخِرَةَ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Tidaklah
patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan sebelum ia dapat
membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda dunia
(yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. Dan
(ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
9.
Dua Ayat tersebut menyentuh kata أَثْخَنْتُمُوهُمْ / يُثْخِنَ.
Asal kata ini adalah dari wazan اثخن yakni
melemahkan, mengalahkan, melumpuhkan.
Perhatikan
ayat tersebut ;
a) حَتَّى يُثْخِنَ
فِي الْأَرْضِ – sehingga ia dapat melumpuhkan musuh sebanyak-banyaknya di muka
bumi
b) حَتَّى إِذَا
أَثْخَنْتُمُوهُمْ - Sehingga apabila kamu telah mengalahkan
mereka
10.
Sebahagian ulama’ membahaskan bahawa Surah Muhammad:4 selain merupakan dalil
hukum tawanan perang ia juga terdapat bagaimana metode atau teknik perang. Kaum
muslimin diperintahkan untuk memukul batang leher kaum kafir (memancung)
sehinggalah kekuatan musuh melemah dan lumpuh.
11.
Jadi, mafhum daripada ayat tersebut adalah, jika kekuatan musuh telah lumpuh,
tidak mampu lagi kaum kafir untuk melawan kaum muslimin maka ketika itulah
dilakukan penawanan.
12.
Bukanlah maksud di dalam sesuatu battle(mu’ariqah) itu dibunuh semuanya musuh
namun cukuplah dengan pembunuhan terhadap sebahagian besar musuh sehingga tidak
ada ruang lagi utk mereka melawan. Dengan kata lain, tidak ada penawanan
sebelum musuh dinyatakan kalah. Inilah yang dimaksudkan dengan tawanan perang.
13. Di dalam perang Badar, surah al-Anfal;67, teguran Allah SWT kepada Nabi SAW dan kaum muslimin adalah kerana terlalu cepat, tergesa-gesa untuk mengambil harta rampasan dan tawanan perang sebelum musuh lumpuh sepenuhnya.
14.
Kita tahu bahawa kaum muslimin melawan dalam lingkungan 900-1000 bala tentera
kaum kuffar dan membunuh lebih kurang 70 orang daripada mereka. 73 orang
ditawan manakala yang lain melarikan diri. Kerugian dan angka korban kafir
Quraish ketika itu hanyalah dalam lingkungan 14-15%. Jadi inilah mengapa Allah
SWT menegur Rasulullah SAW yang sepatutnya membunuh lebih banyak tentera kuffar
supaya menambahkan lagi ketakutan di dalam diri kaum kuffar terhadap kaum
muslimin sebelum mengambil tawanan perang.
تُرِيدُونَ
عَرَضَ الدُّنْيَا وَاللَّهُ يُرِيدُ الْآخِرَةَ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
“Kamu
menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki
(untuk kamu pahala) akhirat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana.” Maka ayat ini adalah
penyempurna kepada teguran Allah SWT disebabkan mengambil tawanan sebelum
masanya.
16.
Pengajaran ini juga dapat dilihat daripada kekalahan kaum muslimin di perang
Uhud, kerana adanya kelompok pemanah kaum muslimin yang melanggar arahan
Rasulullah SAW supaya tetap bertahan di atas bukit. Disebabkan mereka
terburu-buru untuk mengambil harta rampasan sebelum perang tamat dan kaum
kuffar benar-benar menyerah kalah.
17.
Maka dalil 8:67 langsung tidak menyentuh soal hukum tawanan perang, sehingga
apabila tawanan telah dilakukan maka dalil yang dirujuk terhadap tawanan perang
adalah surah Muhammad:4.
18.
Kini timbul pula masalah nasikh mansukh. Surah Muhammad atau digelar juga surah
Al-Qitaal turun semasa Rasulullah SAW sampai di Madinah. Surah al-anfaal ayat
67 itu turun selepas perang badar tamat. Kami telah jelaskan sebelum ini (lihat
point ke-6 diatas) bahawa Rasulullah SAW tidak menghukum mati sebilangan besar
tawanan perang tersebut.
19.
Sekiranya benar terdapat nasikh mansukh sudah tentu kesemua tawanan perang yang
ditawan dibunuh kerana mengikuti hukum yang baru dan meninggalkan hukum yang
lama. Hadis Nabi Saw ini menguatkan lagi bahawa Rasulullah SAW tidak membunuh
tawanan perang badar ;
لو كان المطعم بن عدي حيا ثم كلمني في هؤلاء النتنى لتركتهم له
Jika
seandainya Muth’im ibn ‘Adi masih hidup, kemudian dia berbicara kepadaku
tentang mereka (tawanan perang), maka aku akan bebaskan mereka kerana dia.(HR
Muslim)
Dan hadis ini ;
كان ناس من الأسرى يوم بدر لم يكن لهم فداء فجعل رسول الله صلى
الله عليه وسلم فداءهم أن يعلموا أولاد الأنصار الكتابة
Ada
diantara tawanan Perang pada hari Badr tidak memiliki tebusan. Maka Rasulullah
SAW menjadikan tebusan mereka adalah mengajarkan anak-anak kaum Anshar menulis.
(HR Ahmad)
20. Sedangkan apa yang kita dengar bahawa Rasulullah SAW membunuh Utbah bin Muth’im dan Nadhir bin Harits selepas perang badar bukanlah hujah mengenai hukum tawanan perang. Ada ulama’ menjelaskan itu adalah hukum khusus terhadap orang-orang tertentu di dalam perang.
21.
Bahkan hukuman bunuh tersebut tidak dilakukan di dalam semua siri peperangan.
Hukuman itu adalah terhadap orang-orang WANTED di dalam Islam. Dan ketua negara
melihat akan ada ancaman yang lebih besar jika tidak dibunuh orang seperti ini.
22.
Utbah bin Muth’im, Nadhir bin Harits, abu Izzah, yang dibunuh mempunyai sebab
tersendiri. Jika kita mengkaji Sirah ada beberapa diantara mereka yang murtad
kemudian menjadi musuh kepada Islam seperti Ibn Khathal. Dan Rasulullah SAW
sebagai ketua negara semasa itu telah menetapkan mereka sebagai orang-orang
yang dikehendaki dan halal darahnya. Ikrimah Bin Abu Jahal sebelum masuk Islam
turut berada dalam senarai WANTED namun Rasulullah memberi jaminan keamanan
kepadanya.
23.
Hukum khusus terhadap “Wanted” tidak boleh digunakan sebagai hujah telah adanya
alternatif lain untuk menghukum bunuh tawanan perang. Membebaskan tawanan atau
mengambil tebusan adalah hukum yang muktamad berdasarkan dalil yang sarih.
Sedangkan membunuh orang-orang tertentu itu terserah kepada Ketua Negara kerana
dialah yang layak untuk menjatuhkan hukuman dengan pertimbangannya yang sesuai
dengan syara’.
24. Kesimpulan dari pembahasan ini adalah, dalil 8:67 dan 47:4 sebenarnya tidak bercanggah. Dan tidak adanya nasikh mansukh terhadap 2 ayat tersebut. Dan tidak boleh menjadikan hukuman TERTENTU terhadap tawanan perang adalah hukum tawanan perang itu sendiri.
25.
Seandainya kaum muslimin berjaya mengalahkan Amerika kelak, dan Obama, John Kerry
serta yang lain-lain konconya yang merupakan perletak dasar Amerika dalam
memusuhi Islam dengan kejahatan dan kekejaman mereka ini ditawan, maka mereka
inilah yang layak untuk dibunuh. Tetapi kalau setakat namanya Robert, David,
Mutu atau Ah-Cong yang hanya berpangkat prebet, mereka ini dihukum berdasarkan
hukum tawanan perang yang telah dinyatakan (Faimma Mannan Ba’du waimma Fida’).
Wallahu
A’lam
Maaf, tulisan saudara berdasarkan rujukan tafsir mana?
ReplyDeleteHukum Tawanan Perang(Tafsir Ibnu Katsir & Sirah Nabawiyah Ibnu Hisyam) - https://www.evernote.com/shard/s426/sh/6cb58cf2-010b-4e90-91fa-ec89c0027436/27dc21f13b1df0772de93b41cb401a6d
ReplyDeleteHukum Tawanan Perang (Prof. Dr. Hamka) - https://www.evernote.com/shard/s426/sh/fa87f842-a2d3-4bb3-aae6-c1af23314593/6b04bbf97257023003290487c4a48630
ReplyDelete"Diriwayatkan pula oleh Imam Abu Dawud dalam Sunan-nya, dari
ReplyDeleteIbnu ‘Abbas , bahwa Rasulullah s.a.w menetapkan tebusan bagi kaum
Jahiliyyah pada perang Badar sebanyak empat ratus dinar. Dan ketetapan
hukum terhadap tawanan tersebut terus berlaku. Demikian menurut
jumhur ulama, yaitu bahwasanya seorang imam(pemimpin) memiliki hak pilih dalam menetapkan hukuman bagi mereka, jika menghendaki, ia boleh membunuhnya sebagaimana yang dilakukan terhadap Bani
Quraizhah.
Begitu pula, jika imam mengehendaki, ia juga boleh meminta tebusan
dari mereka berupa harta benda, sebagaimana yang pernah dilakukan terhadap para tawanan perang Badar, atau bisa juga tebusan tersebut berupa
pembebasan kaum Muslimin yang menjadi tawanan mereka (tukar menukar tawanan), sebagaimana yang pernah dilakukan Rasulullah s.a.w terhadap seorang budak Wanita dan anaknya yang berada dalam tawanan Salamah bin Akwa’, di mana ia mengembalikan keduanya dan sebagai tebusannya ia mengambil beberapa kaum Muslimin yang berada di tangan orang-orang musyrik. Dan jika menghendaki, maka ia boleh juga menjadikan tawanan itu sebagai budak. Demikian yang menjadi pendapat madzhab Imam asy-Syafi’i dan beberapa orang ulama. Mengenai masalah ini masih terdapat perbedaan pendapat yang lain di antara para imam, yang semuanya telah dikemukakan dalam beberapa kitab Fiqih."
"Imam asy-Syafi’i menambahkan, di mana ia mengemukakan:
“Seorang imam diberikan pilihan antara membunuh tawanan, membebaskannya atau meminta tebusan dari para tawanan tersebut.” Masalah
ini telah diuraikan dalam ilmu furu’. Dan kami telah kemukakan masalah tersebut dalam kitab kami, al-Ahkaam."
Tafsir Ibnu Katsir
Perintah Allah s.w.t Kepada Rasulullah s.a.w Untuk Berangkat Ke Bani Quraizhah
ReplyDeleteIbnu Ishaq berkata, “Pagi hari, Rasulullah s.a.w. dan kaum Muslimin pulang dari khandaq (parit) dengan tujuan Madinah dan meletakkan
senjata (istirahat). Pada waktu dhuhur, Malaikat Jibril a.s datang kepada
Rasulullah s.a.w. Seperti dikatakan kepadaku oleh Az-Zuhri dengan
mengenakan serban dari kain sutera tebal dan mengendarai baghal’
yang diberi pelana dari kain sutera. Malaikat Jibril berkata kepada
Rasulullah s.a.w, ‘Apakah engkau telah meletakkan senjata, wahai
Rasulullah?’ Rasulullah s.a.w. menjawab, ‘Ya.’ Malaikat Jibril berkata,
‘Para malaikat belum pernah meletakkan senjata. Mereka sekarang sedang mengejar kaum tersebut. Hai Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t menyuruhmu berangkat ke Bani Quraizhah. Aku juga akan pergi untuk menggoncang mereka.' Setelah itu, Rasulullah s.a.w. memerintahkan penyeru untuk berseru kepada kaum Muslimin, ‘Barangsiapa
mendengar dan taat, ia jangan sekali-kali mengerjakan Solat Asar kecuali
di Bani Quraizhah.’ (lbnu Hisyam berkata, "Rasulullah s.a.w. mengangkat
Ibnu Ummi Maktum sebagai imam sementara di Madinah.”)
Perang Bani Quraizhah Pada Tahun Ke 5 Hijriyah
ReplyDeleteAli bin Abu Thalib r.a Berada Di Depan Dengan Membawa Bendera Rasulullah s.a.w.
Ibnu Ishaq berkata, “Rasulullah s.a.w. memposisikan Ali bin Abu
Thalib barisan hadapan dengan membawa bendera perang dalam
perjalanan menuju Bani Quraizhah sedangkan kaum Muslimin berjalan di belakangnya. Kemudian Ali bin Abu Thalib terus berjalan dan ketika berada di dekat benteng-benteng, ia mendengar perkataan kotor ditujukan kepada Rasulullah s.a.w. Seketika itu juga ia berbalik arah hingga peranakan kuda dengan keledai.
Bertemu Rasulullah s.a.w. di jalan. Ia berkata kepada Rasulullah s.a.w. 'Wahai Rasulullah, tidak ada salahnya kalau engkau tidak mendekat kepada orang-orang celaka tersebut.’ Rasulullah s.a.w bersabda, ‘Kenapa begitu? Aku yaking engkau mendengar perkataan kotor yang ditujukan kepadaku?’ Ali bin Abu Thalib berkata, ‘Ya, wahai Rasulullah.’ Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Jika mereka melihatku, mereka tidak akan berkata seperti itu.’ Ketika Rasulullah s.a.w. telah mendekati benteng-benteng mereka, beliau bersabda, ‘Hai saudara-saudara kera, apakah betul Allah telah menghinakan kamu dan menimpakan hukuman kepada kamu?’ Mereka menjawab, ‘Hai Abu Al-Qasim, engkau bukan orang bodoh.’ Rasulullah s.a.w. berjalan melewati beberapa sahabat di Ash-Shaurain sebelum tiba di Bani Quraizhah, kemudian beliau bertanya kepada mereka, ‘Apakah ada seseorang yang melewati kamu?’ Mereka menjawab, ‘Wahai Rasulullah, Dihyah bin Khalifah Al-Kalbi berjalan melewati kami dengan mengendarai keldai putih yang diberi pelana dari kain sutera.’ Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Dia Malaikat Jibril yang dikirim kepada Bani Quraizhah untuk menggoncang benteng-benteng mereka dan memasukkan ketakutan ke hati mereka.’
Ketika Rasulullah s.a.w. tiba di Bani Quraizhah, beliau berhenti di salah satu sumur Bani Quraizhah di samping kebun mereka yang bernama Sumur Anna (Ibnu Hisyam berkata, “Ada yang mengatakan Sumur Anni.”)
Setelah itu, kaum Muslimin mendatangi mereka. Bahkan, beberapa orang dari mereka tiba setelah Isya’ dan belum mengerjakan solat Asar kerana berpandukan kepada sabda Rasulullah s.a.w, ‘Ia jangan sekali-kali mengerjakan solat Asar melainkan di Bani Quraizhah setelah solat Isya’. Allah tidak menyalahkan mereka dengan menurunkan ayat Al-Quran atas kejadian tersebut dan Rasulullah s.a.w. juga tidak memarahi mereka. Hadis ini disampaikan kepadaku oleh Abu Ishaq bin Yasar dari Ka’ab bin Ka’ab bin Malik Al-Anshari.”
Pengepungan Rasulullah s.a.w. Terhadap Bani Quraizhah
ReplyDeleteIbnu Ishaq berkata, “Rasulullah s.a.w. mengepung Bani Quraizhah selama dua puluh lima malam hingga mereka menderita dan Allah memasukkan ketakutan ke hati mereka. Huyai bin Akhthab bersama Bani Quraizhah masuk ke benteng mereka setelah orang-orang Quraisy dan orang-orang Ghathafan meninggalkan mereka kerana ingin menepati janji yang ia buat dengan Ka’ab bin Asad.”
Keputusan Sa’ad bin Muadz r.a
Ibnu Ishaq berkata, “Kaum Muslimin berdiri menuju Sa’ad bin Muadz dan berkata, ‘Hai Abu Amr, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. mengangkatmu untuk memutuskan perkara-perkara keluargamu.’ Sa’ad bin Muadz berkata, ‘Terhadap itu semua, kamu harus komitmen dengan janji Allah bahawa hukum tentang mereka adalah sesuai dengan hukum yang aku keluarkan.’ Mereka berkata ‘Ya.’ Sa’ad bin Muadz berkata, ‘Kamu juga harus komitmen kepada orang yang ada di sini.’ Sa’ad bin Muadz berkata seperti itu sambil menunjuk ke tempat Rasulullah s.a.w. Ia bertindak seperti itu sebagai penghormatannya kepada beliau. Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Ya.’ Sa’ad bin Muadz berkata, ‘Tentang Bani Quraizhah, aku putuskan bahawa orang lelaki mereka dibunuh, kekayaan mereka dibahagi-bahagi, dan anak-anak serta wanita-wanita ditawan’.”
Ibnu Ishaq berkata, “Ashim bin Umar bin Qatadah berkata kepadaku dari Abdurrahman bin Amr bin Sa’ad bin Muadz dari Alqamah bin Waqqash Al-Laitsi yang berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda kepada Sa’ad bin Muadz, ‘Sungguh engkau telah memutuskan perkara mereka dengan hukum Allah dari atas tujuh langit’.”
Ibnu Hisyam berkata, “Sebahagian orang yang aku percaya berkata kepadaku bahawa Ali bin Abu Thalib r.a berteriak keras ketika kaum Muslimin mengepung Bani Quraizhah. ‘Hai pasukan iman!’ Kemudian ia dan Az-Zubair bin Awwam maju. Ali bin Abu Thalib berkata lagi, ‘Aku pasti akan merasakan apa yang telah dirasakan oleh Hamzah atau aku pasti membuka benteng mereka.’ Orang-orang Yahudi Bani Quraizhah berkata, ‘Hai Muhammad, kita tunduk kepada hukum Sa’ad bin Muadz’.”
Realisasi Keputusan Sa’ad bin Muadz r.a Terhadap Bani Quraizhah
ReplyDeleteIbnu Ishaq berkata, “Setelah itu, orang-orang Yahudi Bani Quraizhah disuruh turun, kemudian Rasulullah s.a.w. menahan mereka di Madinah di rumah puteri Al-Harits, salah seorang wanita dari Bani An-Najjar. Rasulullah s.a.w. pergi ke pasar Madinah, kemudian membuat parit di sana. Setelah itu, beliau memerintahkan orang-orang Yahudi Bani Quraizhah dibawa ke parit tersebut dan memenggal kepala mereka di dalamnya. Mereka dibawa ke parit tersebut berkelompok-berkelompok, termasuk musuh Allah. Huyai bin Akhthab, Ka’ab bin Asad tokoh Bani Quraizhah bersama enam ratus atau tujuh ratus orang-orang Bani Quraizhah. Ada yang mengatakan bahawa jumlah mereka adalah lapan ratus atau bahkan Sembilan ratus. Orang-orang Yahudi Bani Quraizhah berkata kepada Ka’ab bin Asad ketika mereka dibawa kepada Rasulullah s.a.w. secara berkelompok, ‘Hai Ka’ab, bagaimana pendapatmu terhadap perlakuan Muhammad kepada kita?’ Ka’ab bin Asad berkata, ‘Kenapa kamu tidak berfikir di setiap tempat? Tidakkah kamu lihat dia yang tidak membantah? Bukankah orang di antara kamu yang dibawa kepadanya itu tidak kembali lagi? Demi Allah, inilah pembunuhan.’ Itulah yang terjadi hingga Rasulullah s.a.w. selesai merealisasikan keputusan Sa’ad bin Muadz terhadap mereka.”
Dipetik dari Sirah Nabawiyah Ibnu Hisyam
ReplyDelete