Saturday 26 November 2016

Falsafah al-Uqubat Dalam Islam

Dalam bahasa arab, al-Uqubat (العقوبات) bermaksud “penalty;punishment;sanction”. Setiap kesalahan dan kejahatan yang dibuat oleh manusia sudah tentu akan dikenakan hukuman atau seksaan. Kerana itu, Islam sebagai satu deen yang lengkap mengatur urusan hidup manusia telah datang menjelaskan tentang hukum hakam berkaitan punishment. 
Kejahatan adalah melakukan perkara-perkara yang dicela oleh Allah SWT. Dengan kata lain, setiap pelanggaran terhadap perintah dan larangan Allah SWT (sama ada kecil atau besar dalam penilaian manusia) adalah kejahatan (al-Jarimah) dan layak dikenakan penalty atau hukuman. Maka, orang yang tidak menunaikan kewajipan solat sama sahaja kejahatannya dengan orang yang tidak berpuasa di bulan Ramadhan. Begitu juga dengan mereka yang mengambil riba dan orang yang membunuh tanpa hak, mereka akan dikenakan hukuman atau seksaan terhadap perbuatan mereka. 
Dengan kata lain, setiap dosa, baik meninggalkan solat atau mencuri sebenarnya tergolong dalam al-jarimah (kejahatan). Jika tidak ada perlaksanaan sistem hukuman dalam Islam atau al-Uqubat ini maka perintah dan larangan Allah SWT ini seolah-olah tidak ada nilainya kerana manusia yang ingkar terhadap Allah SWT tidak akan merasa takut terhadap kejahatan dan dosanya di dunia. 

Ditambah pula, hukuman di dalam Islam ini merupakan thariqah atau metode perlaksanaan hukum-hukum Islam dan juga sebagai penjagaan terhadap kesucian agama (al-Muhafadzah ‘alal aqidah). Sebabnya, dengan perlaksanaan sistem uqubat ini, ia akan menjamin dan menjaga kelestarian penerapan fikrah Islam (baca; ukuran perbuatan halal-haram) kepada manusia, 

Misalnya, Islam telah menjelaskan tentang bagaimana ingin memenuhi naluri seksual. Sabda Nabi SAW kepada para pemuda ; 

يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ، مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ، فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ، فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ.

“Wahai para pemuda, siapa dikalangan kamu yang mampu (bernikah) maka bernikahlah, Kerana bernikah itu dapat menundukkan pandangan dan membentengi kemaluan. Namun siapa sahaja yang tidak mampu, maka hendaknya ia berpuasa, kerana berpuasa itu dapat menjadi benteng (bagi seseorang).” (HR Bukhari)


Dalam masa yang sama, Islam telah mengharamkan zina dan melarang perkara-perkara yang boleh mendekatkan diri kepada zina. 

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

“Dan janganlah kalian mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk” [TMQ al-Israa’ (17): 32]

Namun, apabila ada manusia yang melanggar perintah dan larangan ini, bererti ia telah melakukan perkara tercela sekaligus perbuatan tersebut tergolong dalam al-Jarimah;kejahatan. Oleh itu, tindakan ini layak dikenakan hukuman seperti mana firman Allah SWT ; 

الزّانِيَةُ وَالزّاني فَاجلِدوا كُلَّ واحِدٍ مِنهُما مِائَةَ جَلدَةٍ ۖ وَلا تَأخُذكُم بِهِما رَأفَةٌ في دينِ اللَّهِ إِن كُنتُم تُؤمِنونَ بِاللَّهِ وَاليَومِ الآخِرِ ۖ وَليَشهَد عَذابَهُما طائِفَةٌ مِنَ المُؤمِنينَ

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang beriman” [TMQ al-Nuur (24): 2]

Fungsi al-Uqubat

Selain itu, fungsi al-Uqubat adalah sebagai zawajir dan jawabir yakni pencegah dan penebus. Fungsi uqubat sebagai pencegah kejahatan dapat kita fahami seperti mana berikut, firman Allah SWT ; 

وَلَكُم فِي القِصاصِ حَياةٌ يا أُولِي الأَلبابِ لَعَلَّكُم تَتَّقونَ

“Dan dalam (hukum) qishas itu ada (jaminan kelansungan) hidup bagimu, hai orang-orang yang berakal, supaya kamu bertaqwa. [TMQ al-Baqarah (2): 179]

Dari ayat ini, dapat kita fahami bahawa uqubat disyariatkan (dalam ayat ini berkenaan Qishas) untuk mencegah manusia daripada melakukan kejahatan. Apabila manusia itu mengetahui bahawa dia akan dibunuh balas sekiranya dia membunuh orang lain tanpa hak, sudah tentu dia tidak akan membunuh. Malah dalam penerapan sistem hukuman atau uqubat dalam Islam perlu dilaksanakan dikhalayak ramai. Dengan kata lain jika ada orang yang membunuh, maka qishas terhadap pembunuh itu tadi perlu dilaksanakan di depan orang ramai. 




Sudah tentu, penyaksian terhadap hukuman mati (mandatori) atau qishas ini akan menggerunkan orang lain untuk melakukan kejahatan yang sama. Fungsi uqubat sebagai jawabir pula sebagai penebus dosa dan kejahatan yang dilakukan di akhirat kelak. Sabda Rasulullah SAW ; 

كُنَّا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي مَجْلِسٍ فَقَالَ بَايِعُونِي عَلَى أَنْ لَا تُشْرِكُوا بِاللَّهِ شَيْئًا وَلَا تَسْرِقُوا وَلَا تَزْنُوا وَقَرَأَ هَذِهِ الْآيَةَ كُلَّهَا فَمَنْ وَفَى مِنْكُمْ فَأَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ وَمَنْ أَصَابَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا فَعُوقِبَ بِهِ فَهُوَ كَفَّارَتُهُ وَمَنْ أَصَابَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا فَسَتَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ إِنْ شَاءَ غَفَرَ لَهُ وَإِنْ شَاءَ عَذَّبَهُ

“Kami bersama Rasulullah SAW dalam satu majlis dan beliau bersabda, kalian telah membai’atku untuk tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu, tidak mencuri, tidak berzina, kemudian beliau membaca keseluruhan ayat tersebut,; barangsiapa di antara kalian memenuhinya, maka pahalanya disisi Allah, dan barangsiapa mendapatkan dari hal itu sesuatu maka hukumannya adalah kafarah (denda) baginya, dan barangsiapa mendapatkan dari hal itu sesuatu, maka Allah akan menutupinya, mungkin mengampuni atau (mungkin) mengazab.” [HR Bukhari]

Dari pemahaman hadis di atas, jelas bahawa perlaksanaan sistem uqubat dapat menebus dosa-dosa serta kejahatan manusia di akhirat kelak. Dengan kata lain, uqubat Islam dapat menggugurkan perbuatan jarimah yang dilakukan di dunia ini dan manusia dapat membebaskan dirinya daripada azab di akhirat. 

Kerana itu tidak hairan Maiz al-Aslami dan al-Ghamidiyah dan orang-orang lainnya mengaku di hadapan Nabi SAW terhadap kejahatan yang mereka lakukan dan meminta untuk diri mereka disucikan kembali. Inilah kesan daripada penerapan sistem uqubat Islam yang tidak mungkin akan pernah ada dalam sistem hukuman selain Islam. 

Penjagaan Tujuan Syara’ (Maqashid Syar’iyyah)

Penerapan sistem uqubat Islam ini juga dapat menjamin dan melindungi lapan perkara yang terkandung dalam maqashid syar’iyyah untuk semua rakyat di dalam negara, sama ada muslim atau non-muslim (kafir zimmi). Antara perkara tersebut adalah ;

1)      Memelihara aqidah – Aqidah Islam adalah asas agama dan ia wajib dilindungi. Sesiapa yang telah menerima Islam (mengucap dua kalimah syahadah) kemudian murtad, akan dikenakan had al-murtaddin iaitu bunuh setelah dinasihati untuk bertaubat, tetapi ia tetap enggan untuk kembali kepada Islam. Begitu juga terhadap mereka yang menghina Islam seperti mencela al-Quran dan Rasulullah SAW wajib dikenakan hukuman. 

Sedangkan bagi non-muslim, mereka tidak dipaksa untuk memeluk agama Islam dan ruang mereka untuk beramal dalam agama mereka akan dijaga. 

2)      Menjaga nyawa – Tujuan ini dapat dicapai dengan adanya penerapan hukum berkaitan dengan jinayat iaitu qishas (had al-qathli) dan juga diyat.

3)      Menjaga akal – Perkara ini dapat dicapai dengan melaksanakan had syarib al-khamr iaitu hukuman ke atas peminum arak dengan disebat 40 atau 80 kali. Begitu juga dengan penagih dadah yang akan dikenakan takzir. 

4)      Melindungi harta – Had as-Sariqat iaitu hukuman ke atas pencuri dengan dipotong tanganya ketika memenuhi syarat-syarat untuk dipotong.

5)      Menjaga Keturunan – Hukum had zina bagi mereka yang melakukan kesalahan zina iaitu disebat 100 kali bagi yang ghair muhsan (bujang) dan direjam hingga mati bagi yang muhsan (sudah bernikah/duda/janda)

6)      Menjaga maruah – Penerapan had al-qazaf kepada mereka yang menuduh wanita yang baik-baik berzina tanpa membawa bukti dapat menjaga kesucian dan kehormatan seorang wanita. Selain itu, dikenakan ta’zir ke atas mereka yang melakukan al-dzam, al-qadh dan al-tahqir iaitu perbuatan merendahkan dan mencela untuk menjatuhkan harga diri atau kehormatan orang lain. 

7)      Menjaga negara – Setiap usaha untuk membangkang negara dengan kekerasan akan dikenakan had ahli al-bughyi. Kerana perbuatan ini dapat mengakibatkan pepecahan di dalam negara yang akan menimbulkan huru-hara dan suasana tidak tenteram dalam kalangan masyarakat. 

8)      Mengekalkan keamanan – Had qutha’ at-thariq dikenakan kepada perompak dan perusuh dengan dibunuh dan disalib atau dibunuh sahaja atau dibuang negeri.

Begitulah secara ringkas penjelasan bagaimana sistem ‘uqubat dapat menjaga kelestarian tujuan-tujuan syara’ ke atas kehidupan manusia. 

Sistem ‘Uqubat Islam Adalah Perintah Allah SWT  

Sebagai umat Islam, kita berkewajipan untuk taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Setiap apa yang diperintahkan wajib dilaksanakan dan segala apa yang dilarang wajib dijauhi. Begitu juga dengan sistem ‘uqubat Islam ini. Ia merupakan perintah Allah SWT kepada umat Islam untuk dilaksanakan. Dengan terlaksananya sistem ini, maka penerapan syariat Islam akan menjadi nyata dan praktikal seperti mana yang telah dihuraikan di atas. 

Yang wajib untuk menerapkan secara praktikal sistem ‘uqubat ini adalah pihak yang berautoriti yakni yang memegang kuasa pemerintahan. Sistem ini akan mengawal setiap perbuatan individu-individu tidak kira sama ada rakyat jelata ataupun ahli-ahli politik termasuklah pemerintah sendiri daripada perbuatan-perbuatan menyimpang dari peraturan Islam yang dikategorikan sebagai al-jarimah (kejahatan). 

Namun tatkala sistem ini tidak dilaksanakan oleh pemerintah bukan bererti umat Islam hanya boleh berdiam diri. Kewajipan penerapan ’uqubat ini terletak di atas bahu kita semua. Maka menjadi kewajipan kita untuk bersatu suara dan tenaga dalam memartabatkan sistem hukuman atau ‘uqubat Islam ini. 

Oleh itu, inilah falsafah utama perlaksanaan sistem ‘uqubat di dalam Islam yang termanifestasi dengan ketaatan kita kepada-Nya. Bukanlah manfaat dan kemaslahatan yang menjadi tujuan utama kita dalam melaksanakan perintah dan larangan Allah SWT. Ini kerana apabila dirasakan bahawa sudah tidak ada manfaat lagi maka manusia akan meninggalkan dan mengingkari kewajipan ini. Sudah tentu ini tidak boleh diterima. 

Jadi yang menjadi dorongan kita dalam melaksanakan kewajipan ini adalah ketaqwaan kita kepada Allah SWT. 

يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقاتِهِ وَلا تَموتُنَّ إِلّا وَأَنتُم مُسلِمونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.” [TMQ ali-Imran (3): 102]

Kesimpulan

Oleh itu, dari sini dapat disimpulkan tentang falsafah penerapan sistem ‘uqubat dalam Islam ; 

1)      Islam sebagai satu aturan sistem kehidupan telah mengatur setiap permasalahan yang dihadapi oleh manusia untuk diselesaikan. Jadi ‘uqubat diperlukan untuk menguatkuasakan fikrah Islam atau penerapan syariat Islam. Sebagai contoh adanya larangan berzina maka untuk memastikan larangan ini dipatuhi, orang yang berzina disebat 100 kali untuk ghair muhsan atau direjam untuk muhsan.

2)      Manusia dikatakan telah melakukan kejahatan apabila melanggar dan menyalahi peraturan yang digariskan oleh Islam. Oleh itu, ‘uqubat adalah ‘alat’ untuk menghapuskan dosa tersebut di akhirat dan juga sebagai pencegah kejahatan demi kebaikan masyarakat. (Konsep Zawajir dan Jawabir)

3)      Sistem ‘uqubat juga ialah salah satu “alat” capaian untuk menyejahterakan masyarakat dalam merealisasikan tujuan syara’ (Memelihara aqidah, nyawa, akal, harta, keturunan, maruah, kesatuan negara dan keamanan)

4)      Sistem ‘uqubat ini adalah hukum Allah SWT yang WAJIB diterapkan 



Fendi - Ketua Editor Unite For Islam

Rujukan 

Al-Maliki, Abdurrahman. Nizhamul 'Uqubat, Dar Al-Ummah, Beirut: 1410H/1990.

Husain Abdullah, Muhammad. Dirasat Fi Al-Fikri Al-Islami, Dar Al-Bayariq, Beirut: 1410H/1990.

Abdurrahman, Hafidz. Islam: Politik dan Spiritual, Lisan Ul-Haq: 1419H/1998.



1 comment:

  1. SAYA MENYAMBUT ANDA SEMUA DI HALAMAN INI
    INI CERITAKU

    Saya MURNI SANTI, Seorang wanita, ibu, saudara perempuan dan teman dari (Bekasi), Indonesia, saya adalah REAL ESTATE MANAGER dan saya telah mengalami banyak tekanan keuangan akhir-akhir ini, tidak ada yang mau meminjam kami uang untuk menyelesaikan proyek komersial kami yang telah dibangun beberapa bulan sekarang. Saya telah ditipu oleh beberapa perusahaan peminjaman palsu yang mengklaim sejumlah besar uang dari saya tanpa kami tidak menerima pinjaman.

    Saya frustrasi, suami saya mencoba yang terbaik dan membantu, saya akan bunuh diri karena rasa sakit itu, itu terlalu berat untuk ditanggung dan saya kehilangan semua harapan, sampai saya diperkenalkan dengan SEMUA PINJAMAN HIBAH GLOBAL sebuah perusahaan pinjaman yang disponsori oleh bank dunia itu sendiri.

    Saya memutuskan untuk mengajukan pinjaman dan memang menghubungi perusahaan, petugas bagian pinjaman mereka yang benar-benar memberi saya harapan dan mengatakan kepada saya untuk tidak khawatir perusahaan akan meminjamkan uang kepada saya, bahkan ketika jumlah yang saya butuhkan sangat besar, dan semua yang bisa saya berikan kepada mereka persyaratan yang merupakan beberapa informasi pribadi, yang saya lakukan.

    Saya menjalani semua proses, mereka berjanji untuk meminjamkan uang yang saya minta setelah mengonfirmasi bahwa saya memenuhi syarat untuk pinjaman, saya diminta untuk menunggu, yang sangat mengejutkan saya adalah pinjaman masuk ke akun saya dan saya mengkonfirmasinya .. Perusahaan kembali secara finansial dan keluarga saya baik-baik saja, ini membuat hidup saya lebih baik, saya bersyukur kepada Allah dan kepada SEMUA PINJAMAN HIBAH GLOBAL
    GMAIL ..... allglobalgrantloan@gmail.com

    UNTUK MENGHUBUNGI KU
    NAMA Perusahaan: SEMUA PINJAMAN HIBAH GLOBAL EMAIL Perusahaan: allglobalgrantloan@gmail.com
    Whatsapp Perusahaan: +1(301)971-4445
    Nama Saya: MURNI SANTI
    Email Saya: murnisanti55@gmail.com

    ReplyDelete