Friday 9 October 2015

Umar Abd Aziz Versi Malaysia


1. Saya ingin menjadi macam Umar Abdul Aziz kata seorang pemimpin dari Pulau Mutiara iaitu Pula sempena nama pokok dari spesis areca catechu.

2. Kata-kata ini disambung dan diusung dalam surau oleh Asatiz dari parti Islam sekutunya.

3. Dalam Masjid diceritakan tentang bantuan kewangan kepada sekolah agama dan sebagainya, dan yang menjadi bahan perbandingan pada masa itu adalah parti PEKEMBAR yang kurang menjaga kebajikan SAR dan sebagainya.

4. Namun berlalunya masa telah menelanjangkan siapakah Umar Abdul Aziz versi Malaysia.

5. Manusia tetap manusia, cita-cita mereka akan terbongkar apabila berlalunya masa dan suasana yang mereka perlu membuat keputusan.

6. Apabila sekutu ini telah berubah menjadi musuh, maka bantuan dan apa sahaja yang sebelum ini dihentikan. Wajah sebenar mereka terserlah.

7.
لاَيَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكٰفِرِينَ اَوْلَيَآءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَۚ وَمَن يَفْعَلْ ذٰلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللّٰهِ فِى شَيْءٍ إِلاَّ أَن تَتَّقُوا مِنهُمْ تُقٰةًۚ وَيُحَذِّرُكُمُ اللّٰهُ نَفْسَهٗ وَإِلَى اللّٰهِ الْمَصِيرُ۝ آل عمران ٢٨

“Janganlah orang-orang mu’min mengambil orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mu’min. Barangsiapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali karena ( siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri ( siksa)Nya. Dan hanya kepada Allah kembali(mu).” (Qs: Ali Imran; ayat; 28).




8. Umar Abdul Aziz jelmaan Malaysia ini telah hilang, dulu namanya didodoikan dalam tazkirah, sekarang sudah tiada lagi. Sampai bila Umat Islam dan Pemimpin akan tertipu dengan mereka?

9. Orang kafir yang kita kenal ini ternyata memberikan bantuan kerana bukan simpati kepada Islam, sebagaimana Umar Abdul Aziz rahimahullah, tetapi memberikan bantuan demi kelestarian politik mereka. Dan apabila kepentingan ini telah hilang, maka hilanglah bantuan 'agama' ini.