Mungkin
ramai yang sudah tahu serba sedikit tentang apa yang berlaku disebalik
peristiwa antara umat Islam dan golongan Yahudi Bani Quraizhah. Disini kami
bukanlah ingin memaparkan sirah secara panjang lebar berkenaan dengan peristiwa
ini.
Namun
cukuplah dengan sudut pandang yang jelas tentang peristiwa ini untuk diambil
sebagai satu kesimpulan yang tepat dalam menangani isu yang digembar-gemburkan
oleh sesetengah pihak yang mengatakan bolehnya membunuh dan menyembelih tawanan
perang.
Peristiwa
ini berlaku selepas perang Ahzab (Khandak) semasa kaum muslimin baru sahaja
pulang dari berperang dengan kaum kafir Quraish dan sekutu-sekutu mereka.
Semasa baginda Rasulullah SAW dan para sahabat sedang berehat-rehat dan
membersihkan diri maka datang Jibrail as menemui baginda ;
Malaikat
Jibril berkata kepada Rasulullah, ‘Apakah engkau telah meletakkan senjata,
wahai Rasulullah?’. Rasulullah menjawab, ‘Ya’. Malaikat Jibrail berkata, ‘Para
malaikat belum meletakkan senjata. Hai Muhammad, sesungguhnya Allah SWT memerintahkanmu
berangkat ke Bani Quraizhah. Aku juga akan pergi untuk menggoncang mereka‘.
Setelah itu, Rasulullah SAW., memerintahkan penyeru untuk berseru kepada kaum
muslimin, ‘Barangsiapa mendengar dan taat, ia jangan sekali-kali mengerjakan
solat Asar kecuali di Bani Quraizhah.’
Rasulullah
SAW telah mengerahkan 3000 tentera kaum muslimin dalam ekspedisi ke
Perkampungan Bani Quraizhah yang terletak di sebelah selatan Madinah ini.
Semasa kaum muslimin tiba di sana kaum Yahudi Bani Quraizhah tidak menentang dan
Rasulullah SAW memulakan pengepungan terhadap perkampungan itu selama 25 hari.
Ketakutan
yang dialami oleh yahudi Bani Quraizhah semakin membuak-buak dan akhirnya
mereka terpaksa akur kerana tidak mampu lagi untuk bertahan dan melakukan
apa-apa tindakan susulan akibat dari pengepungan itu.
Pemuka
yahudi Ka’ab Bin Asad tahu bahawa tentera-tentera Rasulullah Saw tidak akan
berganjak daripada terus mengepung mereka. Lalu dia menerangkan situasi rumit
yang dihadapi mereka dan memberikan 3 pilihan sama ada ;
(1)
mengikut Muhammad dan membenarkannya (masuk Islam) ,
(2)
bertempur dengan kaum muslimin ,
(3)
menyerah diri dan menerima keputusan Rasulullah SAW.
Bani
Quraizhah memilih untuk menyerah diri dan meletakkan semua keputusan tersebut
kepada baginda SAW. Tatkala itu datang suku Aus untuk berunding dengan
Rasulullah SAW berkenaan dengan status Bani Quraizhah. Ini kerana Yahudi
Quraizhah adalah sahabat baik kepada kaum Aus dan diantara mereka mempunyai
kaum kerabat.
Kaum
Aus berharap kepada baginda agar bersikap lembut terhadap Bani Quraizhah dan
memutuskan persoalan ini dengan baik seperti mana tindakan Rasulullah SAW
terhadap sahabat kaum khazraj (Yahudi Bani Qainuqa’) yang dihalau dari Madinah
kerana melanggar perjanjian dengan Rasulullah SAW.
Mendengar
kenyataan tersebut maka Rasulullah SAW bertanya adakah mereka rela sekiranya
urusan(penghukuman) ini diserahkan kepada orang yang daripada kaum mereka
sendiri. Lalu mereka pun bersetuju dan baginda SAW melantik Sa’ad bin Mu’adz
sebagai Qadhi.
Daripada
peristiwa ini kita boleh memahami bahawa apa pun keputusan yang bakal
diputuskan oleh Sa’ad bin Mu’adz ini merupakan perkara yang diredhai sendiri
oleh kaum Yahudi dan sahabat mereka dari kaum Aus.
Sebagai
Qadhi ketika itu Sa’ad memutuskan agar dibunuh lelaki-lelaki yang baligh
sebagai hukuman kerana mengkhianati Negara Islam yang sepatutnya mereka jaga
dan lindungi daripada ancaman musuh. Serta kerana mereka memutuskan perjanjian
dengan Rasulullah SAW dan kaum muslimin.
Kemudian
Rasulullah SAW menyatakan bahawa apa yang diputuskan ini adalah sesuai dengan
keputusan Allah SWT. Jadi peristiwa ini bukanlah PERANG diantara dua pihak dan
hukuman memenggal kepala kaum yahudi Bani Quraizhah ini bukanlah hukuman kepada
tawanan perang.
Tetapi
ini semua adalah akibat daripada pengkhianatan mereka yang berkomplot dengan
orang-orang kafir semasa Perang Ahzab. Apa yang mereka cuba lakukan adalah
dengan melemahkan benteng kaum muslimin dari arah belakang tatkala Madinah
sedang dikepung oleh tentera kafir supaya dapat menghancurkan kota Madinah.
Berdasarkan
paparan mengenai kisah itu tadi maka kita boleh simpulkan kepada 4 perkara.
1)
Berlakunya peristiwa ini adalah selepas Perang Ahzab bukan semasa perang sedang
meletus antara dua pihak yang berseteru.
2)
Pengepungan itu dilakukan di Perkampungan Bani Quraizhah yang merupakan
tertangga yang sudah mengikat perjanjian dengan Negara Islam. Jadi kawasan itu
adalah termasuk sebahagian dari wilayah kekuasaan Islam.
3)
Dan kes ini berlaku setelah fakta yang mereka berkhianat terhadap Negara
Madinah Rasulullah SAW
4)
Adanya Qadhi yang menghukum yakni Sa’ad bin Mu’adz yang dipersetujui oleh semua
pihak.
5)
Mereka juga telah diberi pilihan untuk masuk Islam Islam, berperang, menyerah
dan dihakimi.
Jadi
inilah yang kami katakan bahawa apa yang berlaku kepada Bani Quraizhah adalah
berkenaan dengan hukum pengkhianatan. Bukannya hukum tawanan perang biasa lagi
pula ianya berlaku di dalam kawasan Daulah bukannya diluar daulah sehingga kita
boleh justify ini adalah perang. Yang berlaku disini adalah permasalahan antara
Negara dengan rakyat bukan negara dengan negara.
Ulama
berpendapat hukuman bunuh kepada pengkhianat, sebagaimana Rasulullah SAW tidak
menafikan hukuman bunuh untuk Hatib bin Abi Baltaah apabila membocorkan
kedudukan tentera kaum Muslimin yang bergerak untuk fathul Mekah.
Lantas
Saidina Umar Al-Khattab yang hadir bersama di majlis itu meminta Rasulullah
membenarkannya untuk memancung HAB. Sayidina Umar mengatakan HAB adalah seorang
yang munafik. Rasulullah s.a.w. menjawab Sayidina Umar dengan berkata bahawa
HAB adalah seorang 'ahli badr' (yang telah menyertai perang Badr). Rasulullah
berkata lagi kepada Sayidina Umar: "Kamu tidak tahu, moga-moga Allah
memberi kedudukan kepada orang yang menyertai perang Badr." Nabi berkata
pula kepada HAB: "Buatlah apa yang kamu suka, aku telah memaafkan
kamu." Bersebab dari peristiwa ini, turunlah ayat Al-Quran (Al-Mumtahanah,
ayat 1) yang bermaksud:
"Wahai
orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu
menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita
rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada
di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap
kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan
Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Makkah)
disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat
demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari
keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra
dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu
rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang
melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan
yang betul."
Islam
datang dan membenarkan hukuman ini dan ianya menjadi salah satu hukuman di
dalam Islam yang termasuk dalam sistem Uqubat. Bahkan dari dulu lagi bahawa antara
hukuman antarabangsa adalah bunuh atau penjara seumur hidup untuk aktiviti
Pengkhianat Negara (Traitor) atau Treason.
Semoga
tulisan ini dapat menjernihkan pemikiran umat Islam, berkenaan Hukum Uqubat dalam
Islam tentang TREASON, dan tidak sewenang-wenangnya membunuh manusia yang kalah
dalam peperangan dengan alasan peristiwa pemenggalan leher Bani Quraizah ini.
assalam, harap tuan blogger rujuk tafsir surah al anfal ayat 67
ReplyDeletewassalam, Tiada kaitan ayat ini dengan surah alanfal:67 kerana pengepungan tidak sama dengan isu peperangan terbuka. :D
Delete