Saturday 19 July 2014

Orang Gelandangan

Solusinya telah ada 1400 tahun lepas, tetapi kita baru bergerak sekarang?





Pepatah dalam bahasa Inggeris berbunyi "give a man a fish, and you feed him for a day; teach a man to fish and you feed him for a lifetime" Sedangkan amalan Rasulullah SAW "give a man a fish and give them a fishing rode, teach them how to organize his life" Ini berasaskan kisah ini.

Pada suatu hari seorang lelaki Ansar datang kepada Nabi Muhammad saw meminta bantuan.

Baginda saw pun bertanya, “Apakah kamu mempunyai sesuatu di rumah?” Lelaki Ansar menjawab, “Ya ada. iaitu pakaian kasar yang dapat mengalas punggung unta. Sehelai kami guna dan ada yang sehelai hamparkan. Dan juga bekas minum.” Rasulullah saw pun terus berkata, “Bawa kedua-duanya kepada aku.”Maka lelaki Ansar itu tadi pun membawa kedua-duanya kepada Rasulullah saw lantas Baginda mengambilnya lantas berkata kepada orang ramai, “Siapa yang mahu membeli dua barang ini?” Seorang lelaki menjawab, “Aku akan membelinya dengan 1 dirham,” Rasulullah saw pun berkata & mengulanginya 2, 3 kali, “Siapa yang mahu menawarkan 2 dirham?” Seseorang pun menjawab, “Saya mahu membelinya dengan 2 dirham,” Rasulullah saw pun mengambil 2 dirham tersebut dan diberikan kepada lelaki Ansar tadi lalu berkata, “Belilah makanan 1 dirham untuk keluargamu dan 1 dirham lagi gunakan untuk membeli (mata) kapak dan bawa kepadaku.”Lelaki Ansar tadi pun melaksanakan arahan Rasulullah saw dan memberikan (mata) kapak tersebut kepada Baginda. Rasulullah saw memasangkannya dengan kayu lalu berkata, “Nah (kapak) dan sila pergi mencari kayu. Aku tak mahu melihat kamu di sini selama 15 hari ini.” Lelaki Ansar itu pun beredar, mencari kayu dan menjualnya. Selepas 15 hari lelaki Ansar itu datang kepada Rasulullah saw bersama 15 dirham. Rasulullah saw pun berkata, “Beli makanan dan bakinya beli pakaian. Sesungguhnya ini adalah lebih baik dari dari kamu datang meminta-minta kerana perbuatan meminta-minta itu akan merosakkan wajah kamu pada hari Akhirat. Sesungguhnya meminta-minta itu hanya untuk yang sangat miskin, orang yang kerugian teruk atau darah yang menyakitkan.”
Rujukan : http://www.pakdi.net/bagaimana-nabi-muhammad-mengajar-kita-untuk-keluar-dari-kemiskinan/

Inilah solusi sejati dari Ketua Negara, menyelesaikan masalah orang miskin. Fenomena orang gelandangan atau Homelessness adalah fenomena biasa di dalam negara kapitalis dan juga negara yang kucar-kacir.

Tahun 2005 dianggarakan 100 juta orang yang tidak ada kediaman ini dan hidup merempata dijalanan.

An estimated 100 million people are homeless worldwide
Source: United Nations Commission on Human Rights, 2005

Untuk statistik lengkap : http://www.homelessworldcup.org/content/homelessness-statistics


Selama mana Barat meletakkan harga diri seseorang dengan kuasa beli dan keupyaan kerja maka selama itulah golongan yang tidak berkemampuan ini akan terbiar. Konsep Welfare dan Social-Welfare ditempel untuk menunjukkan Kapitalis menjaga kebajikan walhal itu bukan konsep asas ideologi mereka.

Berlainan dengan Islam, manusia diletak harga diri berasaskan ianya manusia, dijaga kebajikan kerana dia manusia. Dan dalam Islam memandang dalam harta orang kaya ada hak orang miskin. Berlainan dengan konsep Kapitalis atau komunis.

https://scontent-b-nrt.xx.fbcdn.net/hphotos-xfp1/v/t1.0-9/10547456_286771964837701_32681683636081883_n.jpg?oh=893fafda4aa5353a29bde94a7115b69d&oe=544E9219


Peningkatan orang gelandangan di Kuala Lumpur amat membimbangkan. Apakah solusi untuk permasalahan ini?

Jenis orang gelandangan dan Penyelesaiannya.

Orang gelandangan ada 3 jenis;

1) Dia mampu kerja tetapi tidak ada peluang kerja.
2) Dia tidak mampu kerja
a) dia sebatang kara
b) ada keluarga yang membiarkan dia begitu
3) Pemalas

Untuk golongan gelandangan yang mampu bekerja tetapi tidak ada peluang kerja maka kewajipan mencari perkejaan untuk beliau. Sebagaimana Rasulullah menyediakan wang 2 dirham kepada fakir,
1 dirham untuk membeli makanan dan 1 dirham untuk membeli kapak mencari kayu api.

Kepada yang tidak mampu bekerja kerana beberapa sebab usia, cacat samada fizikal dan mental, dan hidup sebatang kara, maka kewajipan negaralah yang akan menyara hidupnya. Sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah SAW dan juga Khulafa Arrasyidun.

Kepada yang ada keluarga tetapi membiarkan mereka begitu, maka negara akan mengambil tindakan kepada wali atau penjaga mereka. Mereka ini diserahkan kepada penjaga dengan pengawasan Negara.

Kepada golongan pemalas. Yang mampu bekerja tetapi suka hidup macam hippie ini, maka ubatnya mudah iaitu sebat sebagaimana Umar ra menyebat orang yang menyibukkan zikir di masjid walhal dia tidak mencari nafkah.

While many West European countries did not have unemployment insurance until the late 19th century, the Islamic empire had it from the beginning. When a man was injured or lost his ability to work, then it would become the responsibility of the state to make sure that his minimum needs were met. He and his family would receive an allowance from the public treasury (Ya‘qub, 85). ‘Umar’s state also provided ‘social security’ for the elderly; the old who had stopped working could count on receiving a stipend from the public treasury. Abandoned babies were also taken care of. One hundred dirhams per year were spent on each orphan’s development (Biladhuri, 452).

‘Umar (rta), acting as guardian of the poor, would go to great lengths to make sure that no one in his empire went hungry. Sometimes ‘Umar (rta) would even distribute stipends among the people with his own hands (Nu‘mani, 228). During the great famine of 18 AH, the Islamic welfare state was tested. In the end, though, those who were in need of food, regardless of social position, received food coupons with which they could obtain wheat and flour (Nu‘mani, 226).

Hanya sistem Khilafah ala Minhaj Nubuwwah yang tepat untuk menyelesaikan masalah ini.

Di negara maju seperti Amerika dan Perancis terdapat ratusan ribu golongan golongan gelandagan. Malahan bilangannya semakin bertambah walaupun bermacam-macam usaha telah dilakukan untuk membenterasnya.



Monday 14 July 2014

Pandangan HT Tentang Negara Islam Yang Patut Diperjuangkan

Mutakhir ini kita sering didengungkan dengan istilah Negara Islam, Khalifah, Baiah, dan bermacam-macam istilah yang menyebabkan umat Islam terkeliru. Islam diidofahkan dan dijenamakan mengikut citarasa dan hawa pemimpin dan ulama yang bersekongkol dengan pemerintahan sekular.

Adapun pengisytiharan baru Khalifah di Iraq, dan sebagainya, ada pihak-pihak memaksa untuk kita menerima pemimpin jihad ini sebagai Khalifah iaitu pemimpin Agung Umat Islam seluruh dunia.
Yang menjadi persoalannya apakah kedudukan baiah, biaah dan komuniti itu sesuai dengan tuntutan syariah.

Ini adalah tulisan rasmi HT berkenaan dengan Negara Islam

"Sebetulnya Barat kekuasaan beralih kepadanya, telah memberikan banyak negara kepada mereka untuk menyempurnakan makarnya dalam menjauhkan Islam dari pemerintahan, memecah-belah negeri-negeri kaum Muslim, serta membius mereka dengan sikap fobia terhadap kekuasaan. Setiap waktu, Barat selalu memberi mereka negara baru untuk semakin menyesatkan dan menambah perpecahan mereka. Barat selalu siap memberi mereka lebih banyak lagi, selama mereka masih mengusung ideologi dan pemahamannya karena mereka adalah pengikut setia Barat.

Persoalannya bukanlah mendirikan banyak negara, melainkan membangun negara yang satu di seluruh dunia Islam. Demikian juga persoalannya bukan mendirikan negara sembarangan. Bukan pula membangun sebuah negara yang diberi sebutan Islam dan berhukum dengan selain yang diturunkan Allah. Bahkan juga bukan mendirikan sebuah negara yang dinamakan Islam dan berhukum dengan undang- undang Islam saja tanpa memikul dakwah Islam sebagai qiyadah fikriyah (kepemimpinan ideologis). Sekali lagi, persoalannya bukan mendirikan sebuah negara semacam itu, melainkan membangun sebuah negara yang akan dapat melanjutkan kehidupan Islami yang terpancar dari akidah; sekaligus menerapkan Islam di tengah-tengah masyarakat, setelah terlebih dahulu Islam merasuk ke dalam jiwa, mantap di dalam akal, serta mengembangkan dakwah Islam ke seluruh penjuru dunia.

Daulah Islam bukanlah khayalan seseorang yang tengah bermimpi, sebab terbukti telah memenuhi pentas sejarah selama 13 abad. Ini adalah kenyataan. Keberadaan Daulah Islam merupakan sebuah kenyataan di masa lalu dan akan menjadi kenyataan pula di masa depan, tidak lama lagi. Sebab, faktor-faktor yang mendukung keberadaannya jauh lebih kuat untuk diingkari oleh jaman atau lebih kuat untuk ditentang. Saat ini telah banyak orang-orang yang berpikiran cemerlang. Mereka itu adalah bagian umat Islam yang sangat haus akan kejayaan Islam.

Daulah Islam bukan sekadar harapan yang dipengaruhi hawa nafsu, tetapi kewajiban yang telah Allah tetapkan kepada kaum Muslim. Allah memerintahkan mereka untuk menegakkannya dan mengancam mereka dengan siksa-Nya jika mengabaikan pelaksanaannya. Bagaimana mereka mengharapkan ridha Allah, sementara kemuliaan di negeri mereka bukan milik Allah, Rasul-Nya, dan kaum Muslim? Bagaimana mereka akan selamat dari siksa-Nya, sementara mereka tidak menegakkan negara yang mempersiapkan pasukan, menjaga daerah-daerah perbatasan, melaksanakan hudud Allah dan menerapkan pemerintahan dengan segala hal yang telah Allah turunkan?

Kerana itu, wajib atas kaum Muslim menegakkan Daulah Islam, sebab Islam tidak akan terwujud dengan bentuk yang berpengaruh kecuali dengan adanya negara. Demikian juga, negeri-negeri mereka tidak dapat dianggap sebagai Negara Islam kecuali jika Daulah Islam yang menjalankan roda pemerintahannya.

Daulah Islam semacam ini, bukan sesuatu yang mudah (diwujudkan) dengan sekadar mengangkat para menteri —baik dari individu atau parti— lalu mereka menjadi bagian dalam struktur pemerintahan. Sesungguhnya jalan menuju tegaknya Daulah Islam dihampari onak dan duri, penuh dengan berbagai risiko, dan kesulitan. Belum lagi adanya tsaqafah non-Islam, yang akan menyulitkan; adanya pemikiran dangkal yang akan menjadi penghalang; dan pemerintahan yang tunduk pada Barat, yang membahayakan.

Sesungguhnya orang-orang yang meniti jalan dakwah Islam untuk mewujudkan Daulah Islam; mereka lakukan itu untuk meraih pemerintahan, yang akan mereka gunakan sebagai thariqah dalam melanjutkan kehidupan Islam di negeri-negeri Islam dan mengemban dakwah Islam ke seluruh penjuru dunia. Karena itu, anda saksikan mereka tidak akan menerima pemerintahan parsial, meskipun banyak hal yang mengodanya. Mereka juga tidak akan menerima pemerintahan yang sempurna, kecuali jika memberi peluang untuk menerapkan Islam secara revolusi (inqilabi). "

Sekian dari Petikan Pengenalan Buku Negara Islam (Daulah Islamiah karangan Syeikh Taqiuddin Nabhani)