1. Saya ingin
menjadi macam Umar Abdul Aziz kata seorang pemimpin dari Pulau Mutiara iaitu
Pula sempena nama pokok dari spesis areca catechu.
2. Kata-kata
ini disambung dan diusung dalam surau oleh Asatiz dari parti Islam sekutunya.
3. Dalam Masjid
diceritakan tentang bantuan kewangan kepada sekolah agama dan sebagainya, dan
yang menjadi bahan perbandingan pada masa itu adalah parti PEKEMBAR yang kurang
menjaga kebajikan SAR dan sebagainya.
4. Namun
berlalunya masa telah menelanjangkan siapakah Umar Abdul Aziz versi Malaysia.
5. Manusia
tetap manusia, cita-cita mereka akan terbongkar apabila berlalunya masa dan
suasana yang mereka perlu membuat keputusan.
6. Apabila
sekutu ini telah berubah menjadi musuh, maka bantuan dan apa sahaja yang
sebelum ini dihentikan. Wajah sebenar mereka terserlah.
7.
لاَيَتَّخِذِ
الْمُؤْمِنُونَ الْكٰفِرِينَ اَوْلَيَآءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَۚ وَمَن يَفْعَلْ
ذٰلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللّٰهِ فِى شَيْءٍ إِلاَّ أَن تَتَّقُوا مِنهُمْ تُقٰةًۚ وَيُحَذِّرُكُمُ
اللّٰهُ نَفْسَهٗ وَإِلَى اللّٰهِ الْمَصِيرُ آل عمران ٢٨
“Janganlah
orang-orang mu’min mengambil orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan
orang-orang mu’min. Barangsiapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari
pertolongan Allah, kecuali karena ( siasat) memelihara diri dari sesuatu yang
ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri ( siksa)Nya.
Dan hanya kepada Allah kembali(mu).” (Qs: Ali Imran; ayat; 28).
8. Umar Abdul
Aziz jelmaan Malaysia ini telah hilang, dulu namanya didodoikan dalam tazkirah,
sekarang sudah tiada lagi. Sampai bila Umat Islam dan Pemimpin akan tertipu
dengan mereka?
9. Orang kafir
yang kita kenal ini ternyata memberikan bantuan kerana bukan simpati kepada
Islam, sebagaimana Umar Abdul Aziz rahimahullah, tetapi memberikan bantuan demi
kelestarian politik mereka. Dan apabila kepentingan ini telah hilang, maka
hilanglah bantuan 'agama' ini.