Pepatah
dalam bahasa Inggeris berbunyi "give a man a fish, and you feed him for a
day; teach a man to fish and you feed him for a lifetime" Sedangkan amalan
Rasulullah SAW "give a man a fish and give them a fishing rode, teach them
how to organize his life" Ini berasaskan kisah ini.
Pada
suatu hari seorang lelaki Ansar datang kepada Nabi Muhammad saw meminta
bantuan.
Baginda
saw pun bertanya, “Apakah kamu mempunyai sesuatu di rumah?” Lelaki Ansar
menjawab, “Ya ada. iaitu pakaian kasar yang dapat mengalas punggung unta.
Sehelai kami guna dan ada yang sehelai hamparkan. Dan juga bekas minum.”
Rasulullah saw pun terus berkata, “Bawa kedua-duanya kepada aku.”Maka lelaki
Ansar itu tadi pun membawa kedua-duanya kepada Rasulullah saw lantas Baginda
mengambilnya lantas berkata kepada orang ramai, “Siapa yang mahu membeli dua
barang ini?” Seorang lelaki menjawab, “Aku akan membelinya dengan 1 dirham,”
Rasulullah saw pun berkata & mengulanginya 2, 3 kali, “Siapa yang mahu
menawarkan 2 dirham?” Seseorang pun menjawab, “Saya mahu membelinya dengan 2
dirham,” Rasulullah saw pun mengambil 2 dirham tersebut dan diberikan kepada
lelaki Ansar tadi lalu berkata, “Belilah makanan 1 dirham untuk keluargamu dan
1 dirham lagi gunakan untuk membeli (mata) kapak dan bawa kepadaku.”Lelaki
Ansar tadi pun melaksanakan arahan Rasulullah saw dan memberikan (mata) kapak
tersebut kepada Baginda. Rasulullah saw memasangkannya dengan kayu lalu
berkata, “Nah (kapak) dan sila pergi mencari kayu. Aku tak mahu melihat kamu di
sini selama 15 hari ini.” Lelaki Ansar itu pun beredar, mencari kayu dan
menjualnya. Selepas 15 hari lelaki Ansar itu datang kepada Rasulullah saw
bersama 15 dirham. Rasulullah saw pun berkata, “Beli makanan dan bakinya beli
pakaian. Sesungguhnya ini adalah lebih baik dari dari kamu datang meminta-minta
kerana perbuatan meminta-minta itu akan merosakkan wajah kamu pada hari
Akhirat. Sesungguhnya meminta-minta itu hanya untuk yang sangat miskin, orang
yang kerugian teruk atau darah yang menyakitkan.”
Rujukan
: http://www.pakdi.net/bagaimana-nabi-muhammad-mengajar-kita-untuk-keluar-dari-kemiskinan/
Inilah
solusi sejati dari Ketua Negara, menyelesaikan masalah orang miskin. Fenomena
orang gelandangan atau Homelessness adalah fenomena biasa di dalam negara
kapitalis dan juga negara yang kucar-kacir.
Tahun
2005 dianggarakan 100 juta orang yang tidak ada kediaman ini dan hidup
merempata dijalanan.
An
estimated 100 million people are homeless worldwide
Source:
United Nations Commission on Human Rights, 2005
Untuk
statistik lengkap :
http://www.homelessworldcup.org/content/homelessness-statistics
Selama
mana Barat meletakkan harga diri seseorang dengan kuasa beli dan keupyaan kerja
maka selama itulah golongan yang tidak berkemampuan ini akan terbiar. Konsep Welfare
dan Social-Welfare ditempel untuk menunjukkan Kapitalis menjaga kebajikan
walhal itu bukan konsep asas ideologi mereka.
Berlainan
dengan Islam, manusia diletak harga diri berasaskan ianya manusia, dijaga
kebajikan kerana dia manusia. Dan dalam Islam memandang dalam harta orang kaya
ada hak orang miskin. Berlainan dengan konsep Kapitalis atau komunis.
Peningkatan orang
gelandangan di Kuala Lumpur amat membimbangkan. Apakah solusi untuk
permasalahan ini?
|
Jenis
orang gelandangan dan Penyelesaiannya.
Orang
gelandangan ada 3 jenis;
1)
Dia mampu kerja tetapi tidak ada peluang kerja.
2)
Dia tidak mampu kerja
a)
dia sebatang kara
b)
ada keluarga yang membiarkan dia begitu
3)
Pemalas
Untuk
golongan gelandangan yang mampu bekerja tetapi tidak ada peluang kerja maka
kewajipan mencari perkejaan untuk beliau. Sebagaimana Rasulullah menyediakan
wang 2 dirham kepada fakir,
1
dirham untuk membeli makanan dan 1 dirham untuk membeli kapak mencari kayu api.
Kepada
yang tidak mampu bekerja kerana beberapa sebab usia, cacat samada fizikal dan
mental, dan hidup sebatang kara, maka kewajipan negaralah yang akan menyara
hidupnya. Sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah SAW dan juga Khulafa
Arrasyidun.
Kepada
yang ada keluarga tetapi membiarkan mereka begitu, maka negara akan mengambil
tindakan kepada wali atau penjaga mereka. Mereka ini diserahkan kepada penjaga
dengan pengawasan Negara.
Kepada
golongan pemalas. Yang mampu bekerja tetapi suka hidup macam hippie ini, maka
ubatnya mudah iaitu sebat sebagaimana Umar ra menyebat orang yang menyibukkan
zikir di masjid walhal dia tidak mencari nafkah.
While
many West European countries did not have unemployment insurance until the late
19th century, the Islamic empire had it from the beginning. When a man was
injured or lost his ability to work, then it would become the responsibility of
the state to make sure that his minimum needs were met. He and his family would
receive an allowance from the public treasury (Ya‘qub, 85). ‘Umar’s state also
provided ‘social security’ for the elderly; the old who had stopped working
could count on receiving a stipend from the public treasury. Abandoned babies
were also taken care of. One hundred dirhams per year were spent on each
orphan’s development (Biladhuri, 452).
‘Umar
(rta), acting as guardian of the poor, would go to great lengths to make sure
that no one in his empire went hungry. Sometimes ‘Umar (rta) would even
distribute stipends among the people with his own hands (Nu‘mani, 228). During
the great famine of 18 AH, the Islamic welfare state was tested. In the end,
though, those who were in need of food, regardless of social position, received
food coupons with which they could obtain wheat and flour (Nu‘mani, 226).
Hanya
sistem Khilafah ala Minhaj Nubuwwah yang tepat untuk menyelesaikan masalah ini.
Di negara maju seperti Amerika dan Perancis terdapat ratusan ribu golongan golongan gelandagan. Malahan bilangannya semakin bertambah walaupun bermacam-macam usaha telah dilakukan untuk membenterasnya. |
Tioga Taps the Climb With Titanium's Gravel Bike
ReplyDeleteIt includes the titanium septum ring traditional stone-edged stainless steel wheel (for those who're titanium gr 2 new to the titanium pots and pans game) titanium mens ring and a few smaller variations of the titanium iv chloride aluminum