Friday, 9 December 2016

Mengawal Peningkatan Hutang Isi Rumah dengan Syariah

Oleh Ahmad Mustafa

Statistik pada tahun 2014 menunjukkan nisbah relatif hutang isi rumah (household debt) dengan pendapatan boleh guna (disposable income) rakyat Malaysia telah mencapai 150%.  Nisbah relatif ini menunjukkan bahawa isi rumah di Malaysia berada dalam fenomena perbelanjaan melebihi pendapatan.  Angka ini merupakan antara yang tertinggi di Asia. 

Hutang isi rumah ini berpunca dari pinjaman daripada institusi kewangan bagi tujuan pembelian rumah, kereta, pinjaman peribadi, kad kredit dan lain-lain. Jumlah hutang isi rumah tersebut  tidak termasuk hutang daripada pihak Along yang dilakukan oleh pengusaha kecil dan juga individu, serta pinjaman daripada anggota keluarga atau sahabat handai yang tidak mempunyai rekod rasmi oleh Negara.

Manakala Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan statistik komposisi hutang isi rumah untuk empat tahun berturut-turut (2010-2013) mengikut pengelasan peratusan menunjukkan bahawa pinjaman perumahan (47%) merupakan kategori pinjaman yang tertinggi diikuti oleh pinjaman kenderaan (20%), peribadi (8.3%) dan kad kredit (5%). Pada tahun 2015 hutang isi rumah Malaysia antara yang tertinggi di rantau Asia, meningkat dari 86.8% kepada 89.1%  daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).


Peningkatan pendapatan isi rumah secara purata adalah sebanyak 8% saban tahun yang perlahan dan tidak selari dengan kenaikan kos sara hidup menyebabkan masyarakat terus dihimpit dengan bebanan hutang yang tinggi. Tidak dapat dinafikan bahawa sikap berbelanja melebihi pendapatan menyebabkan mereka terpaksa berhutang untuk menampung gaya hidup mereka dan akhirnya terjerat dalam pusingan hutang yang berpanjangan. Dalam usia yang muda, ramai rakyat Malaysia yang telah diisytiharkan bangkrap kerana gagal melunaskan hutang kad kredit. Dengan moto "Biar papa asal bergaya", mereka sanggup hidup bermewah-mewah meskipun peningkatan pendapatan mereka tidak seberapa.

Namun ironinya, dalam laporan ekonomi sering kedengaran mantera yang memukau seperti  “ekonomi kita mempunyai asas yang kukuh”, “ekonomi negara masih stabil”, “ekonomi masih belum sampai tahap kritikal”, “ekonomi negara berkembang pesat berbanding negara lain” dan sebagainya. Persoalannya, masih relevankah slogan tersebut berdasarkan realiti sebenar hutang isi rumah rakyat Malaysia?

Dalam Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2015, pinjaman perumahan menyumbang sebanyak 48.6% daripada jumlah hutang isi rumah, ditambah pula dengan harga rumah yang semakin melambung tinggi dan pertumbuhan kredit yang pesat. Apabila krisis kredit berlaku, kuasa beli masyarakat menjadi semakin lemah kerana penciptaan kredit yang melampau akan meningkatkan jumlah wang yang beredar dalam ekonomi tidak selari dengan jumlah pengeluaran yang sebenar, sekaligus merosakkan aliran tunai dan melembapkan ekonomi domestik. Ini juga merupakan salah satu petanda tidak baik, yang akan mendatangkan implikasi buruk kepada psikologi masyarakat. Ketidakmampuan untuk membayar balik pinjaman menyebabkan pembeli akan kehilangan aset, seterusnya boleh menyebabkan tekanan perasaan, kemurungan, masalah mental, sehingga boleh menyebabkan kes bunuh diri dan keruntuhan rumahtangga.

Semakin tinggi permintaan kepada pinjaman kredit, maka semakin tinggi kadar bunga (faedah) terhadap pinjaman. Kadar bunga atau faedah merupakan harga untuk pinjaman, yang mana ianya berkadar langsung dengan permintaan terhadap kemudahan kredit. 

Peningkatan kadar faedah ini akan turut meningkatkan kos hutang (kadar bunga) dan akan mengurangkan pendapatan boleh guna, seterusnya akan mengurangkan kemampuan untuk berbelanja. Perkembangan ini hakikatnya akan memberi kesan negatif terhadap kualiti hidup rakyat dan juga kitaran ekonomi negara.

Justeru, apakah peranan yang boleh dimainkan oleh individu, masyarakat dan negara dalam menangani isu  ini? Di sinilah pentingnya kesedaran dalam masyarakat terhadap aspek syariah dan perancangan kewangan, bagi mengelakkan pinjaman tidak berbayar dan diisytiharkan muflis (bangkrap) secara syarie. 

Dalam Islam, hukum-hakam Islam perlu diterapkan dalam minda masyarakat sebelum membuat sebarang perbelanjaan. Tidak kira sama ada perbelanjaan tersebut melibatkan pembelian barang keperluan, kemudahan mahupun pembelian barang mewah.

Dalam sistem kapitalis sebagaimana anjuran Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), jumlah kredit mestilah tidak boleh melebihi 1/3 daripada pendapatan boleh guna.  Ada juga pihak yang meletakkan 40% daripada pendapatan boleh guna sebagai ukuran. Ukuran sedemikian, mungkin boleh sahaja dijadikan garis panduan dalam mengurus kewangan.  

Namun begitu, perkara yang penting ialah masyarakat perlu memahami hukum-hakam berkaitan dengan kewangan dan kemahiran pengurusan kewangan yang dilihat mampu membantu masyarakat untuk mengatasi masalah bebanan hutang dan melahirkan masyarakat yang celik kewangan berteraskan syariah.

Pendidikan kewangan berteraskan syariah seharusnya bermula daripada rumah dan sekolah. Negara harus memupuk tabiat ini dengan membudayakannya di dalam masyarakat dan ianya perlu dilakukan dengan istiqamah.

Setiap Muslim diharamkan oleh Islam untuk melakukan pinjaman kredit yang berteraskan riba, di mana riba merupakan asas kepada sistem kewangan hari ini. Kesedaran mengenai keharaman riba akan mengurangkan permintaan kepada pinjaman kredit, seterusnya dapat menstabilkan kewangan dan juga kadar inflasi. Kesedaran ini perlu ditanam dalam diri masyarakat dengan penghayatan yang benar.  

Apa sahaja pembiayaan yang tidak syar’i mesti dijauhi.  Hukum-hakam berkenaan dengan Qard iaitu hutang dalam bentuk tunai, segala bentuk jenis matawang termasuk emas dan perak (Qard : Konsep Paper, hal 7, Bank Negara Malaysia, 2016) hendaklah diterapkan,  tidak terkecuali hukum-hakam syarak berkenaan Dayn iaitu hutang kerana urusniaga kredit, harus dilaksanakan bagi mengelakkan diri kaum Muslimin terjebak dalam urusniaga yang mendatangkan dosa.

Masyarakat pula perlulah melakukan amar makruf nahi mungkar jika mendapati ada pihak yang melanggar hukum-hakam islam ketika bermuamalah.  Saling menasihati sesama anggota masyarakat dapat mencegah daripada berlakunya transaksi yang tidak patuh syariah. Khalifah sebagai Ketua Negara juga mempunyai tugas yang mulia di sisi syarak, iaitu menjadi pengurus kepada rakyatnya dengan cara menerapkan hukum syarak sebagaimana yang digariskan oleh Hadis Nabi SAW: “Imam itu adalah penjaga, dan dia bertanggungjawab tehadap Rakyatnya." [Hadis Muttafaqun Alaih].

Khalifah perlu memastikan segala urusniaga yang berlaku terhindar daripada sebarang unsur riba dan tidak membenarkan sama sekali  badan kewangan yang membuka perniagaan berteraskan riba. Negara juga perlu mengawasi agar tidak wujud badan kewangan yang melakukan helah riba, iaitu mengekalkan cara kapitalis tetapi dijenamakan dengan istilah-istilah Arab ataupun aktiviti "back-door" riba. 

Selain itu, sebagai Ketua Negara, Khalifah bertanggungjawab untuk memastikan keperluan asas rakyat (makanan, pakaian dan tempat tinggal) dapat dipenuhi. Negara juga berperanan sebagai badan pengawasan urusan muamalah rakyat, yakni jika ada rakyat yang tidak mematuhi syariah dalam perkara muamalah dan melakukan transaksi hutang riba, atau melakukan penciptaan kredit dengan riba, maka mereka akan dikenakan tindakan undang-undang berbentuk takzir.

Justeru itu untuk mengawal hutang isi rumah dengan cara yang benar, individu, masyarakat dan negara mestilah bergerak seiring dengan mematuhi syariah. Ketakwaan kepada Allah SWT adalah kunci untuk membentuk keperibadian Islam. Amar Makruf Nahi Mungkar perlu dilakukan oleh masyarakat, manakala negara pula berperanan menjaga kebajikan rakyat dan menerapkan undang-undang Islam agar dapat memastikan sistem syariah berjalan dalam sebuah Sistem Kewangan Islam secara sempurna.


1 comment:

  1. Hai semua

    Nama saya FRADESY RIRITIA, saya berasal dari indonesia, saya ingin menggunakan media ini untuk memberitahu anda semua kebenaran, setiap orang yang anda lihat pada catatan mereka di blog dan laman web ini adalah pencuri (SCAMMERS), saya telah menjadi mangsa cerita mereka dan mereka telah merosakkan hidup saya.
    Saya tidak berada di sini untuk memberitahu anda kisah bagaimana saya ditipu dan bagaimana saya kehilangan banyak wang kepada mereka.

    Saya di sini untuk memberitahu anda SYARIKAT PINJAMAN sebenar dan sahajalah yang ALLAH hantar untuk mengubah hidup saya, mereka adalah SEMUA PINJAMAN GRANT GLOBAL, mereka adalah satu-satunya syarikat pinjaman tulen yang diiktiraf dan dibiayai oleh WORLD BANK.

    Mereka adalah satu-satunya syarikat pinjaman tulen, mereka mempunyai syarat dan syarat pinjaman yang cukup besar, untuk menutup semua pinjaman mereka adalah berpatutan dan cepat dilupuskan tidak seperti syarikat palsu lain yang anda lihat di sini dalam talian yang akan mengambil wang anda tanpa mengeluarkan pinjaman anda,
    Tolong jangan tertipu oleh saksi yang mempunyai nombor dan whatsapp indonesia, mereka semua penipu, bagaimana syarikat individu boleh memberi pinjaman ?, itu harus menjadi pertanyaan pertama anda.

    Rakan-rakan saya di Asia, saya mohon agar anda mendengarkan saya ketika saya bersumpah kepada anda dengan nama Allah, bahawa saya mengatakan kepada anda semua kebenaran, Syarikat ALL GLOBAL GRANT LOAN, satu-satunya syarikat yang boleh dipercayai dan mereka akan memastikan anda menerima pinjaman anda setelah anda menyelesaikan proses pinjaman seperti yang diperlukan.
    Mengapa anda tidak menjadi antara berita baik ini dengan menghubungi mereka segera jika anda SANGAT MENARIK untuk meninggalkan perjuangan kewangan anda dan meningkatkan tahap kehidupan anda, berikut adalah EMAIL allglobalgrantloan@gmail.com.

    Anda bebas menghubungi saya di EMAIL fradesyriritia12@gmail.com saya untuk maklumat lebih lanjut, saya dengan senang hati akan mendengar anda berkongsi kisah kebahagiaan anda sendiri.
    Terima kasih semua, dan semoga ALLAH memberkati SEMUA PINJAMAN PEMBERIAN GLOBAL kerana memberi saya kegembiraan baru ini.

    NAMA Syarikat: SEMUA PINJAMAN GRANT GLOBAL
    EMAIL Syarikat:allglobalgrantloan@gmail.com
    Whatsapp Syarikat: +1 (301) 971-4445
    E-mel Saya: fradesyriritia12@gmail.com

    ReplyDelete